HIGH IMPACT ECONOMIC DEVELOPMENT PROGRAM (HIEDP)
Penyedia Latihan Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi
Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi yang diperkenalkan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak bertujuan untuk memperkuat ekonomi komuniti N.5 Demak Laut khasnya dan Sarawak amnya Program ini berfokus pada peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang yang mampu menjana pendapatan secara fast-track, memperluas akses pasaran serta meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan ekonomi komuniti setempat.
Penyedia Latihan Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi

Think Big Training telah ditubuhkan pada tahun 2012
Penyedia Program Pemberdayaan Ekonomi Berimpak Tinggi
Pusat Latihan Bertauliah untuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia
Pusat Kursus Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan untuk Pekerja Pembinaan (CIDB Green Card Center)
Pusat Bertauliah untuk Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (Program SKM)
Pusat Bertauliah untuk Penyedia Latihan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia
Sijil ISO 9001:2015
Bekerjasama dengan Tabung Baitulmal Sarawak, Malaysia (untuk HIEDP Asnaf) sejak 2014
Bekerjasama dengan iWaqf (Majlis Tindakan Waqf Antarabangsa)
Bekerjasama dengan Awqaf Africa Foundation (untuk Komuniti 54 buah negara Africa)
Bekerjasama dengan Persatuan Pendidikan Teknikal, Sosial, Inovasi dan Keusahawanan Sarawak (PRESTASI/PERFROMANCE)
Bekerjasama dengan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)
Think Big International (TBI)-(Anak Syarikat TBT) bekerjasama dengan Kolej Universiti Inovatif untuk program Akademik
Kerjasama dengan Kolej Universiti AMC, Sabah.

Memantapkan Kumpulan B40 Khas: Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti

Latihan Kemahiran dan Keusahawanan. Kumpulan Sasar Usahawan dan Komuniti Program Secara Mobile

Usaha Memperkasakan Usahawan dan Komuniti Program Secara Mobile

Pembangunan Asnaf melalui Program Pembangunan Modal Insan Kemahiran Pelbagai Bidang Jangka Pendek Secara Mobile
dan agensi lain yang berkaitan…
Kami telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk membangunkan program peningkatan ekonomi berimpak tinggi.
Hubungan yang kukuh dengan industri bagi memastikan program memenuhi keperluan dunia sebenar.
Program transformasi ekonomi HIEDP diangka khas oleh DUBS, Dewan Muda DUBS, TBT serta pasukan berpengalaman untuk membawa perubahan positif dan berkekalan kepada masyarakat. Matlamatnya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan.
Melalui program ini, kami menyediakan landasan bagi mendapatkan ilmu, kemahiran sehingga 80% disetiap program dan mengembangkan ilmu keusahawanan untuk mewujudkan ekosistem yang mantap dan meningkatkan taraf hidup. Kami yakin program ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan komuniti yang lebih sejahtera dan berdaya saing.
Inisiatif ini selaras dengan matlamat pembangunan lestari (SDG) untuk menangani kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi. Kami komited untuk menyediakan sokongan yang komprehensif dan berterusan agar program ini dapat memberi impak yang signifikan kepada golongan sasaran.
Program HIEDP kami sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, dengan fokus khusus kepada pembangunan sosioekonomi usahawan dan komuniti di Sarawak melalui program peningkatan ekonomi berimpak tinggi.
Membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Sarawak melalui program pembangunan usahawan yang komprehensif
Meningkatkan akses kepada latihan kemahiran dan pendidikan keusahawanan untuk komuniti Sarawak
Memperkasakan usahawan wanita Sarawak melalui program HIEDP dan pembangunan kemahiran
Membangunkan ekonomi lestari berasaskan industri tempatan dan keusahawanan di Sarawak
Memperkukuhkan ekosistem industri dan infrastruktur untuk usahawan Sarawak
Mengurangkan jurang ekonomi dan meningkatkan daya saing usahawan Sarawak di peringkat global
Golongan B40 yang harus dibantu untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Program ini membantu remaja tercicir meningkatkan kemahiran, pendidikan, dan peluang kerja. Mereka akan diberi kesempatan untuk mengubah hidup dan mencapai kehidupan yang lebih baik.
Memberikan pancing kepada golongan ini agar mereka boleh keluar daripada golongan penerima bantuan dan mampu menyumbang kepada yang memerlukan lain.
Kursus Kemahiran Pelbagai Bidang Jangka Pendek Berimpak Tinggi (70%-80% Hands-on)
Kos diatas adalah secara pro-rata walaupun terdapat perbezaan kos bagi setiap kursus, namun pihak kita memberikan harga secara Pro-rata bagi menghargai kerjasama ini. Kos termasuk Penyediaan tenaga pengajar profesional, Bahan Bantu Mengajar, Makan dan minum, tempat kursus serta pentadbiran dan pengurusan serta pemantauan peserta selama 6 bulan dan penghasilan buku impak program.







DIKENDALIKAN OLEH THINK BIG TRAINING SDN BHD 2022/2023

Kota Samarahan

Simunjan

Tatau

Sibu
Antara Buku Perkembangan, Impak dan Kejayaan Peserta untuk rujukan sahaja.
dan banyak lagi buku impak yang diterbitkan…
Cadangan Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi kepada Komuniti DUN N.5 Demak Laut